Hi,,,,awak-awak semua...kami seterusnya ke
Penyabong yang di katakan tempat persinggahan lanun-lanun. Mari kita baca kisah
Penyabong...
SEJARAH NAMA PANTAI PENYABONG
Sebuah perkampungan nelayan yang dinamakan Penyabong. Perkampungan ini terletak kira-kira 15 km dari Bandar Mersing dah 5 km dari Pekan Endau. Penyabong terkenal sebagai Pantai Pasir Lanun kerana mempunyai kisah di sebalik namanya. MEnurut orang kampung, asal nama penyabong timbul ketika kumpulan lanun di Laut China Selatan pada kurun ke-19 menjadikan kawasan di situ sebagai tempat persinggahan mereka. Dalam sejarah Laut China Selatan ketika kurun ke -19 merupakan laluan yang sibuk dengan aktiviti perdagangan dari Pantai Timur ke Singpura serta dari China. Maka lanun-lanun yang berada di sekitar laluan itu sering menjadikan pantai disekitarkan Mersing sebagai tempat perlindungan dan merancang strategi serangan ke atas kapal-kapal pedagang. Bagi mengisi masa lapang lanun-lanun itu, mereka sering mengadakan aktiviti sabung ayam. Oleh kerana itu, pantai itu akhirnya diberi nama Penyabong. Malah, terdapat sebuah batu besar di tepi pantai Penyabong yang dikatakan menjadi tempat lanun=lanun itu bermain sabung ayam. Batu itu masih wujud sehingga kini.
No comments:
Post a Comment