Sunday, 19 March 2017

PANTAI AIR PAPAN


Pulau-pulau di Mersing Johor sangat terkenal bukan sahaja di Malaysia malah hingga ke luar negara. Ia merupakan lokasi pilihan para penyelam skuba dari seluruh dunia. Ini kerana kawasan sekitar pulau-pulau ini mempunyai pemandangan dasar laut yang cukup menarik. Air laut yang jernih membolehkan para penyelam skuba menikmati keindahaan karang yang cantik dan pelbagai spesis hidupan laut yang mengagumkan...

MAP


Pada hari pertama percutian kami...kami memilih Pantai Air Papan untuk beriadah...Pantai Air Papan sangat terkenal sebagai tempat pelancong yang sesuai untuk percutian keluarga...Selain itu, Pantai Air Papan juga sangat popular untuk mengadakan hari keluarga atau sukaneka.

SEJARAH PANTAI AIR PAPAN

      Mengikut cerita orang-orang kampung, Kampung Air Papan mendapat nama bersempena peristiwa yang berlaku pada zaman dahulu. Pada masa itu, penduduk kampung mendapatkan sumber air dari satu pancur di tepi bukit yang berhampiran dengan sebuah kilang papan.
      Kemudian, penduduk kampung meletakkan papan sebagai alas di pancuran tersebut. Disebabkan dengan itu penduduk kampung menamakan kampung mereka sebagai Kampung Air Papan.
       Kampung Air Papan terletak kira-kira 15 km dari Bandar Mersing. Tarikan utama di Kampung Air papan ialah Pantai Air Papan yang berkedudukan menghadapkan perairan Laut China Selatan. Pantai ini sering dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar negeri untuk bersantai terutama pada hujung minggu dan pada musim cuti sekolah.




AIR PAPAN BEACH RESORT

        sekiranya anda hendak melancong ke Pantai Air Papan tidak perlu risau tentang penginapan kerana di Pantai Air Papan ada Air Papan Beach Resort yang selesa dan sesuai untuk percutian bajet serta boleh menyaksikan pemandangan lut dari dalam bilik.. Di resort tersebut juga terdapat kolam mandi yang disediakan untuk pengunjung resort.




KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI Pantai Air Papan


  • kemudahan sukan rekreasi air
  • chalet
  • tandas awam
  • gerai makanan
  • masjit


No comments:

Post a Comment